Friday, October 8, 2010

Perkhidmatan Orang Kurang Upaya





TAMAN SINAR HARAPAN
Institusi ini memberi latihan kepada individu kurang upaya masalah pembelajaran sehingga ke tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing dan juga memberi perlindungan dan jagaan kepada yang mengalami kecacatan akal yang teruk.



Antara program dan aktiviti yang disediakan ialah:
a) Kelas akademik asas.
b) Latihan pra-vokasional (jahitan, tukang kayu dan kraftangan). urusan rumah tangga, pertanian/berkebun bunga dan dobi.
c) Latihan pemulihan seperti pemulihan hidup harian, pemulihan cara kerja, pemulihan anggota dan terapi muzik.
d) Pendidikan agama dan moral.
e) Sukan dan rekreasi.
f) Aktiviti luar (lawatan, berkelah, gotong royong dsb).




No comments:

Post a Comment